Tuesday, March 29, 2011

Kita harus realistik: Rajagobal


DEBARAN buat dua pengendali - K Rajagobal dan Ong Kim Swee - akan berakhir apabila undian pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 dan Olimpik 2012 dilakukan di ibu pejabat Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), hari ini.Skuad Piala Dunia kendalian Rajagobal akan diundi bertemu salah satu daripada pasukan berikut - Afghanistan, Kemboja, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Vietnam, Mongolia, Pakistan, Palestin, Timor-Leste, Macau, Taiwan, Myanmar, Filipina atau Laos.
Bagi Kim Swee, cabaran lebih besar menunggu skuad Olimpik apabila bakal diundi bertemu salah satu daripada 12 pasukan terbaik Asia - Korea Selatan, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Korea Selatan, Syria, Lubnan atau Uzbekistan.Bagi Rajagobal, walaupun reputasi dan harapan diletakkan ke atas skuad kendaliannya cukup tinggi, dia mahu terus berpijak di bumi nyata dengan hanya meletakkan sasaran ke Piala Asia 2015 sebagai sasaran utamanya.“Saya tahu ramai yang mula mengimpikan Malaysia beraksi di Piala Dunia selepas menang Sukan Sea dan Piala AFF, tetapi kita harus realistik dalam meletakkan sasaran,” kata Rajagobal. “Saya tidak kata pasukan negara tidak mampu layak, tetapi hanya sasarannya perlu realistik.
“Untuk beraksi di Piala Dunia, kita perlu membuktikan kejaguhan kita di peringkat Asia terlebih dulu. Barisan pemain negara yang menjuarai Piala AFF tahun lalu sebenarnya masih muda dan perjalanan mereka masih jauh.
Bagi Kim Swee pula, dia hanya akan melakukan sebaik mungkin untuk melepasi pusingan kedua kelayakan nanti.
“Apa pun keputusan undian, lawan negara tetap pasukan terbaik Asia,” kata Kim Swee. “Apa yang boleh saya lakukan ialah merancang persiapan dengan rapi bagi menghadapi pasukan ini. Baik Jepun, Australia atau Korea, pendekatan berbeza perlu diambil sekiranya mahu mengatasi mereka.”

Saturday, March 26, 2011

Malaysia tanpa kelibat Farizal


HANYA 23 daripada 24 pelatih dibawa jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal ke Singapura pagi semalam bagi menghadapi perlawanan persahabatan menentang kelab Perancis, Etoile FC di Stadium Jalan Besar malam ini.

Ini kerana, Farizal Marlias terpaksa diketepikan setelah penjaga gol Negeri Sembilan itu perlu menjalani rawatan susulan berkaitan kecederaan patah tulang pipi yang dialaminya pada Julai 2010.

Berdasarkan situasi itu, gawang Malaysia malam ini akan dikawal sama ada oleh penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat atau penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli.

Farizal yang sempat menjalani latihan pusat di Wisma FAM, Kelana Jaya sejak Isnin lalu hingga kelmarin berkata, dia kini perlu berusaha lebih keras untuk bersaing merebut tempat bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2014, Jun depan.

“Bahagian tepi mata masih terasa sakit akibat kecederaan patah tulang pipi tahun lalu dan ketika melakukan pemeriksaan Selasa lalu, doktor minta buat pemeriksaan susulan hari ini (semalam).

“Sebab itulah saya tercicir untuk ke Singapura. Tetapi tak rasa kecewa sangat kerana bagi saya mata ini lebih penting untuk dirawat demi masa depan karier,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Farizal yang beraksi cemerlang ketika skuad kebangsaan bertemu Manchester United pada 2009, terpaksa diketepikan pada Sukan Asia 2010 dan Piala Suzuki AFF 2010 akibat kecederaan pipi itu.

Namun, pemain kelahiran Pahang berusia 25 tahun itu tetap mengharapkan baki 23 pemain kebangsaan yang lain mengekalkan momen- tum kemenangan pada pertemuan dengan Etoile FC malam ini.

“Saya yakin siapa saja yang diturunkan jurulatih sama ada Khairul Fahmi atau Sharbinee, kedua-duanya mampu beraksi dengan baik. Cuma cara mereka sahaja ber- beza.

“Kita telah mulakan tahun 2011 dengan menewaskan Hong Kong 2-0 bulan lalu. Diharap rentak kemenangan dapat diterus- kan bertemu Etoile FC,” jelas Farizal yang menggantikan Khairul Fahmi pada 30 minit terakhir aksi bertemu Hong Kong itu.

Sementara itu, ketiadaan Safee Sali bakal menyaksikan Norshahrul Idlan Talaha berkemungkinan besar digandingkan dengan Ahmad Fakri Saarani di jentera serangan malam ini.


Friday, March 25, 2011

perlawanan antarabangsa

hari ini adalah perlawanan antarabangsa bagi permainan bola sepak..pasukan yang mana akan menang..adakah pasukan england akan menang

Thursday, March 24, 2011

NATO to police Libya no-fly, compromises on command

TRIPOLI (Reuters) - NATO said it would enforce a Libya no-fly zone but stopped short of taking full command of U.N.-backed military operations to protect civilians from forces loyal to Libyan leader Muammar Gaddafi.

Rebel fighters take cover during a shelling along the Benghazi -Ajdabiyah road near Ajdabiyah March 24, 2011. (REUTERS/Goran Tomasevic)

Coalition jets pounded targets in southern Libya on Thursday but failed to prevent government tanks re-entering the western city of Misrata, whose main hospital was besieged by armour and government snipers.

Western commanders hope rebel forces in eastern Libya will overthrow Gaddafi, but the return of tanks to Misrata under cover of darkness highlighted the difficulties they face in trying to force the Libyan leader to cease fire.

Rebels, who have set up an alternative government in their eastern stronghold in Benghazi, say they needed more ammunition and anti-tank weapons if they are to end Gaddafi's 41-year rule.

"We need arms and ammunition. This is our only problem," rebel military spokesman Colonel Ahmed Bani told a briefing.

France, Britain and the United States have spearheaded enforcement of the Libya no-fly zone imposed last week by the U.N. Security Council, which authorised "all necessary measures" to protect Libyan civilians against Gaddafi's forces.

But differences over the scope the U.N. resolution gave for military action against Gaddafi's army led to days of heated arguments within NATO about its role in the operation.

Turkey had wanted to be able to use its NATO veto to limit military operations against Libyan infrastructure and avoid casualties among Muslim civilians from air raids.

France argued NATO's command structure should run day-to-day military operations, leaving political control with an ad hoc steering group of coalition members, including the Arab League.

France believes having NATO in full charge would erode Arab support because of U.S. unpopularity in the Arab world. After four days of argument, NATO ambassadors in Brussels reached a deal of sorts.

"At this moment, there will still be a coalition operation and a NATO operation," NATO Secretary-General Anders Fogh Rasmussen told reporters. The alliance's mandate did not extend beyond enforcing the U.N. arms embargo and no-fly zone, he said.

NATO officials said a decision was expected on Sunday on whether to broaden the mandate to allow the organisation to take command of all military operations and attack ground targets in the oil-producing country, in order to protect civilian areas threatened by Gaddafi's forces.

Earlier, Turkish Foreign Minister Ahmet Davutoglu had told reporters: "The operation will be transferred completely to NATO and there will be a single command and control."

The United States, embroiled in Iraq and Afghanistan, is keen to step back and play a supporting role in Libya, preserve alliance unity and maintain the support of Muslim countries for the U.N.-mandated intervention.

U.S. Secretary of State Hillary Clinton said military planners had been authorized to take on the "broader civilian protection mission" and NATO was well suited to do so.

The number of U.S. aircraft flying missions had dropped significantly as other nations increased their role, she said.

U.N. Secretary General Ban Ki-moon, for his part, told the Security Council there was no evidence Tripoli was complying with U.N. resolutions. His special envoy to Libya had warned Gaddafi's government of possible "additional measures" if Libya failed to comply with the ceasefire demand.

AIR STRIKES

The Libyan government denies its army is conducting any offensive operations and says troops are only defending themselves when they come under attack.

State television said Western jets struck military and residential areas of the capital Tripoli for a sixth straight night on Thursday, prompting bursts of anti-aircraft fire.

Libya said the civilian death toll from five days of coalition air strikes had reached almost 100 and accused Western governments of fighting on the side of the rebels. The toll could not be independently verified.

Western air strikes had earlier on Thursday destroyed government tanks outside Misrata, some 200 km (130 miles) east of Tripoli, but other tanks inside the city were not hit, a resident said.

Gaddafi's tanks slipped back into the city on Thursday and shelled the area near the hospital, residents and rebels said.

Government spokesman Mussa Ibrahim said Libyan forces were in control of the city of 300,000 people, with only a hard core of rebels holding out.

But opposition spokesman Abdulbasset Abu Mzereiq said by telephone that rebels were still fighting there, and had killed 30 snipers who had been picking off civilians from rooftops in the town. Government warships had left the port.

Rebels and besieging government forces continued to clash around the eastern frontline town of Ajdabiyah, said Abu Musab, who left the town by car with his family of 10.

(Reporting by Mohammed Abbas and Angus MacSwan in Benghazi, Hamid Ould Ahmed and Christian Lowe in Algiers, Tom Perry in Cairo, David Brunnstrom in Brussels, Phil Stewart in Moscow, Andrew Quinn in Washington, Catherine Bremer, Emmanuel Jarry and Yves Clarisse in Paris; writing by Jon Boyle; editing by Miral Fahmy)

Copyright © 2008 Reuters

Wednesday, March 23, 2011

Malaysia tak dapat bye


ANDAI laporan berita di laman web rasmi Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), www.fifa. compada Sabtu lalu diambil kira, Malaysia akan mendapat bye pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014.

Menurut laporan berita bertajuk Asian Zone to play preliminary round for Brazil 2014 itu, aksi pusingan pertama pada 29 Jun dan 3 Julai depan hanya melibatkan 14 pasukan ranking terendah di Asia (kedudukan ke-30 hingga ke-43).

Situasi itu menyaksikan Malaysia boleh menarik nafas lega kerana berada di ranking ke-28 Asia.

Selepas itu, tujuh pemenang perlawanan pusingan pertama itu akan layak ke pusingan kedua pada 23 dan 28 Julai depan, menyertai 25 pasukan lain yang berkedudukan di ranking kelima hingga ke-29.

Hanya empat pasukan teratas Asia iaitu Jepun, Korea Selatan, Australia dan Korea Utara mendapatbye pusingan pertama dan kedua untuk terus mara auto- matik ke saingan kelayakan pertama peringkat kumpulan membabitkan 20 pasukan terbaik.

Namun, hasrat untuk menyaksikan Malaysia mendapat bye dan layak terus ke pusingan kedua tidak kesampaian apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam mengesahkan bahawa Malaysia masih perlu mengharungi pusingan pertama.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang dihubungi Kosmo! berkata, laporan berita di laman web FIFA itu tidak begitu tepat kerana sebenarnya 16 pasukan ranking terendah perlu beraksi pada pusingan pertama.

"Saya baru saja terima faks daripada AFC (Konfe- derasi Bola Sepak Asia) yang mengesahkan bahawa Malaysia akan beraksi pada pusingan pertama dan kami perlu hadir majlis undian pada 30 Mac (Rabu depan).

"Laporan laman web FIFA itu menyatakan 14 pasukan ranking terendah tetapi sepatutnya 16 pasukanranking terendah (ranking ke-28 hingga ke-43).

"Malangnya Malaysia berada di ranking ke-28, maka kita perlu juga mengha- rungi pusingan pertama dan tidak mendapat bye," kata Azzuddin.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi bahawa Malaysia akan mendapat bye pusingan pertama.

Berdasarkan 16 pasukan pada senarai ranking terendah Asia itu, Malaysia boleh diundi bertemu sama ada Afghanistan, Kemboja, Nepal, Bangladesh, Sri Lanka, Vietnam, Mongolia, Pakistan, Palestin, Timor Leste, Macau, Taiwan, Myanmar, Filipina atau Laos pada pusingan pertama.

Andai layak ke pusingan kedua, Malaysia akan berdepan salah satu pasukan di ranking kelima hingga ke-27 iaitu Bahrain, Arab Saudi, Iran, Qatar, Uzbekistan, UAE, Syria, Oman, Jordan, Iraq, Singapura, China, Kuwait, Thailand, Turkmenistan, Lebanon, Yemen, Taji- kistan, Hong Kong, Indonesia, Kyrgyzstan, Maldives dan India.

Friday, March 18, 2011

derhaka ibu bapa

Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:

“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”

Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”

Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu.[1]

Derhaka kepada ibu adalah lebih berat dosanya, berdasarkan sebuah hadis lain dimana Rasulullahshallallahu 'alaihi wasallam mengkhususkan larangan berbuat derhaka kepada seorang ibu:

Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian berbuat derhaka kepada ibu, meminta sesuatu yang bukan haknya dan menanam bayi perempuan hidup-hidup. Dan (Allah) membenci kalian menyebarkan gosip, banyak bertanya dan mensia-siakan harta.[2]

Yang dimaksudkan dengan derhaka adalah apa sahaja perbuatan yang bertentang dengan berbuat baik danihsan. Antaranya, meninggikan suara, menggunakan perkataan yang kasar, sinis dan menyinggung perasaan, tidak memenuhi permintaan mereka (selagi mana ia bukan sesuatu yang bertentangan secara jelas dengan syari‘at Islam) dan membiarkan mereka dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani. Seorang ibu yang menangis dan seorang ayah yang termenung dalam konteks berinteraksi dengan anak lazimnya adalah isyarat bahawa mereka telah diderhakai.

‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada sembilan, iaitu:

Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghinaibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).[3]

Ibu dikhususkan daripada ayah kerana lazimnya kita sebagai anak-anak lebih berani bertindak derhaka kepada ibu berbanding ayah. Sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian kita tidak menghormatinya, lantas berani bersikap derhaka kepadanya. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memberi amaran khusus kepada kita berkenaan ibu kita, bahawa janganlah menderhakainya.


Thursday, March 17, 2011

sedihnya..

esok adalah hari terakhir bagi penyokong bola sepak pahang ingin melihat pasukan kesayangan mereka beraksi di stadium darul makmur..ini kerana stadium tersebut tidak dapat digunakan kerana proses menaiktarafkan stadium. Pada tahun hadapan pahang merupakan tuan rumah bagi sukan sukma..oleh itu marilah semua rakyat pahang ke stadium bagi memeriahkan lagi semangat pemain bola sepak pahang melawan kuala lumpur..

Lagi bahaya radiasi di loji Fukushima



GAMBAR yang disiarkan semalam menunjukkan salah sebuah loji nuklear yang musnah di loju Fukushima Daiichi di Fukushima, timur laut Jepun.


TOKYO - Loji nuklear di Fukushima-Daiichi, Fukushima dibiarkan kosong beberapa jam semalam selepas peningkatan radiasi memaksa pekerja-pekerja kecemasan melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Keadaan tersebut menyebabkan pihak berkuasa menembak meriam air dalam usaha untuk menyejukkan beberapa reaktor nuklear yang terbakar di loji berkenaan.

Semua 50 pekerja kecemasan yang bertungkus- lumus cuba menyejukkan reaktor-reaktor nuklear itu berundur beberapa ratus meter dari loji Fukushima-Daiichi selepas tahap radiasi menjadi terlalu merbahaya.

Sebelum ini terdapat empat letupan yang berlaku di reaktor tersebut. Kadar tinggi radiasi itu kemudian menurun semula pada malam semalam.

Bagaimanapun, Menteri Industri Perancis, Eric Besson mendakwa Jepun gagal mengawal situasi di Fukushima dan negara itu kini di ambang malapetaka nuklear.

"Tidak perlu lagi berdolak-dalik. Mereka (kerajaan Jepun) telah gagal mengawal situasi di Fukushima. Ini adalah pendapat kami walaupun ia bukan apa yang dikatakan oleh mereka," ujarnya.

Pemerintah Perancis turut menasihatkan rakyat mereka supaya meninggalkan Jepun sebagai langkah berjaga-jaga.

Pada hari yang sama, beberapa buah helikopter tentera gagal menyelesaikan misi untuk menyejukkan reaktor-reaktor nuklear itu dengan menggunakan kaedah mencurahkan air dari udara.

Sebelum itu, pasukan-pasukan kecemasan terbabit mengepam air laut ke dalam reaktor-reaktor nuklear itu dengan menggunakan jentera bomba tetapi usaha tersebut terhenti seketika selepas mereka berundur.

Sebanyak empat reaktor loji nuklear Fukushima yang terletak 240 kilometer dari sini, mengalami kerosakan sejak gempa bumi kuat berukuran 9 pada skala Richter dan tsunami melanda Jepun pada Jumaat lalu.

Kebimbangan berlakunya kebocoran radiasi menyebabkan kerajaan Jepun memindahkan 180,000 penduduk yang tinggal di sekitar loji itu.

Lebih 140,000 lagi penduduk yang berada dalam lingkungan 30 kilometer dari loji nuklear Fukushima-Daiichi diminta tidak keluar rumah.

Sementara itu, pihak berkuasa keselamatan Perancis menyatakan, krisis loji nuklear Fukushima-Daiichi kini berada pada tahap enam dan semakin menghampiri kemalangan nuklear di Chernobyl pada 1986.

Tsunami yang berlaku pada Jumaat lalu itu dianggarkan meragut lebih 10,000 nyawa.

Angka kematian masih belum diketahui kerana anggota-anggota penyelamat masih belum melakukan kerja-kerja mencari di semua kawasan yang musnah akibat ombak setinggi 10 meter.

Sementara itu, salji yang turun semalam di kawasan bencana menyukarkan lagi kerja-kerja untuk mencari mangsa yang terselamat dalam tragedi tsunami.

Satu lagi gempa bumi sekuat 6.0 pada skala Richter turut melanda Jepun semalam.

Gempa bumi itu berpusat 96 kilometer ke timur Tokyo dan gegaran dapat dirasakan di timur negara ini.

Ia berpusat dalam Lautan Pasifik pada kedalaman 25 kilometer pada pukul 12.52 tengah hari waktu tempatan. Namun, amaran tsunami tidak dikeluarkan...sumber dari kosmo

Monday, March 14, 2011

piala FA Pahang

sok adalah hari yang penting dalam perjalanan pasukan bola sepak pahang...ini kerana pasukan pahang akan menentukkan bahawa mereka layak atau tidak dalam pertandingan piala fa dalam bola sepak malaysia..marilah kita buktikan bahawa peyokong pahang adalah yang terbaik dalam musim ini..hidup tok gajah..

Panama dance