Monday, April 25, 2011

klu tukar kerajaan

salam kepada pembaca blog aku...aku sekadar ingin meluahkan pendapat aku..aku bukan siapa hanya ihsan yang lemah..aku ingin persoalkan jika rakyat kita menukar kerajaan adakah kita akan menjadi kaya..atau lebih kaya..kita sepatutnya melihat keadaan kita yang sekarang berpecah belah kerana fahaman politik yang sempit..kita sepatutnya bersatu padu walaupun kita berlainan politik..kita ambik contoh di timur tengah yang merebut harta dan kuasa..apa yang jadi..
kuasa asing yang mengambil kesempatan terhadap mereka..mereka telah ditipu oleh kuasa luar dengan menyerang negara mereka sehingga rakyat mereka banyak terbunuh seperti Libya..ya pertukaran kerajaan amat sesuai jika pemimpin mereka tidak membawa perubahan seperti di Mesir yang mundur dari ekonomi tetapi tidak dari segi pelancongan..
kita sepatutnya bersyukur terhadap pemimpin kita yang berusaha memajukan rakyatnya walaupun ada pemimpin yang menerima rasuah..sayangi lah negara kita demi masa depan cucu kita..pikirlah jika kita tidak bersatu padu siapa lagi akan menolong kita..khasnya demi orang melayu

Sunday, April 24, 2011

Nasi lemak bukan punca obesiti


KEGAGALAN ibu bapa mendidik anak-anak mengenai pengambilan makanan yang betul menjadi punca anak-anak mereka mengalami obesiti. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah kerana ia juga boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian lain yang berkalori tinggi secara tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr. Tee E Siong .

"Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama (obesiti), sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.

"Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah mengambil makanan yang banyak kalori setiap hari.

"Seperti yang kita tahu, setiap makanan mempunyai kalori. Jadi kita perlu bijak mengawal makanan harian yang diambil," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM) 2011 bertemakan Kanak-Kanak Sihat, Negara Lebih Sihat -
dari sumber kosmo

Saturday, April 23, 2011

RM3.38b tingkat sektor pertanian


NAJIB bersalaman dengan anggota Kor Tani yang terdiri daripada petani, penternak dan nelayan pada majlis Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan 2011 di Serdang semalam.


SERDANG - Kerajaan memperuntukkan RM3.38 bilion bagi membiayai perbelanjaan mengurus serta pelaksanaan projek-projek pembangunan pertanian tahun ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, bidang pertanian akan terus diberi keutamaan kerana sektor itu adalah kritikal untuk kesejahteraan rakyat.

"Jika gagal untuk menambah sumber bekalan makanan, rakyat akan menghadapi inflasi harga kenaikan barangan makanan.

"Oleh itu, satu daripada jawapan kepada ancaman ini, kita perlu berusaha lebih gigih agar sumber bekalan makanan tempatan dapat ditingkatkan," katanya ketika merasmikan Hari Perhimpunan Petani, Penternak dan Nelayan 2011 di sini semalam.

Friday, April 22, 2011

Sah Sarbani mati akibat kemalangan


ZULKIFLI memeriksa perbarisan Hari Kor Kadet Polis ke-41 di Astaka Taman Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kuala Lumpur di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lepas adalah disebabkan kecederaan parah selepas terjatuh dari tempat tinggi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, rumusan mengenai punca kematian mangsa adalah hasil siasatan menyeluruh yang membabitkan pihak polis, hospital, Jabatan Kimia dan Jabatan Patalogi.

Menurut beliau, pasukan penyiasat juga menggunakan kaedah tertentu termasuk lakonan semula oleh pelagak ngeri bagi membantu mendapatkan hasil penemuan mengenai punca kematian Ahmad Sarbani yang bertugas di Unit Import dan Eksport Kastam Pelabuhan Klang.

“Menerusi siasatan pelbagai sudut itu, kami dapati kematian mangsa selari dengan kecederaan akibat impak jatuh dari tempat tinggi,” kata beliau pada sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Ulang Tahun Hari Kor Kadet Polis ke-41 di Astaka Tasik Titiwangsa di sini semalam.

Thursday, April 21, 2011

Tidak guna wang awam – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa projek e-mel 1Malaysia yang diumumkan kelmarin merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.

“Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa e-mel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela,” kata Najib dalam Twitternya semala

Friday, April 15, 2011

Ancelotti bakal dipecat


ANCELOTTI menjadi pengendali skuad The Blues sejak tahun 2009.


LONDON – Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dilaporkan hanya menunggu masa untuk berlepas ke Belanda.

Bukan mahu ‘makan angin’ tetapi tujuan Abramovich adalah bagi mendapatkan pengurus baru untuk menggantikan tempat Carlo Ancelotti yang menjadi pengendali skuad The Blues sejak tahun 2009.

Difahamkan, dua jurulatih, Marco van Basten dan Guus Hiddink kini berada dalam senarai Abramovich untuk dibawa masuk menjadi pengurus kelab yang berpangkalan di Stamford Bridge itu.

Hiddink berjaya menarik perhatian Abramovich selepas jurulatih skuad kebangsaan Turki itu melaksanakan tugas dengan baik ketika menjadi pengurus sementara Chelsea pada 2009 selepas Felipe Scolari dipecat.

Tidak ketinggalan, Van Basten, 46, juga berada dalam radar Abramovich.

Sebelum ini, Van Basten merupakan jurulatih skuad kebangsaan Belanda sehingga 2008 dan selepas itu dia menerima tawaran bagi membimbing Ajax Amsterdam.

Namun, kedudukan Van Basten sebagai jurulatih Ajax tidak kekal lama apabila dia dipecat setahun kemudian kerana gagal membawa kelab tersebut layak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.

Hasratnya bagi menjadi pengarah teknikal Sporting Lisbon selepas itu juga tidak kesampaian kerana gagal mendapat undian tertinggi bagi memikul tugas tersebut.

Disebabkan itu, Chelsea kini menjadi buruan utama Van Basten untuk meneruskan kariernya selaku jurulatih.

Selain Hiddink dan Van Basten, beberapa lagi nama turut dikaitkan bagi menggantikan tempat Ancelotti dalam saingan musim depan.

Antaranya ialah bekas jurulatih dan penggendali Real Madrid, Jose Mourinho, Pep Guardiola (Barcelona) dan bekas jurulatih Inter Milan, Rafael Benitez. – dari Agensi kosmo

Wednesday, April 13, 2011

Real tetap berwaspada




LONDON – Real Madrid bakal melakukan kesilapan sekiranya tidak memberi fokus kepada aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara bertemu Tottenham Hotspur awal pagi esok.

Selepas mencatat kemenangan selesa 4-0 di laman sendiri pada aksi suku akhir pertama minggu lalu, skuad bimbingan Jose Mourinho ini mungkin tidak berdepan masalah besar.

Meskipun Mourinho merehatkan beberapa pemain utama untuk pertemuan menentang Barcelona pada aksi Liga Sepanyol pada Sabtu ini dan final Piala Raja-Raja Sepanyol empat hari kemudian, Tottenham dilihat sukar untuk mengejar defisit empat gol itu.

Penolong jurulatih Real Madrid, Aitor Karanka berkata, persembahan Tottenham ketika menewaskan Stoke City 3-2 pada aksi Liga Perdana England, Sabtu lalu menunjukkan bahawa Real tetap perlu berwaspada untuk aksi awal pagi esok.

“Tottenham berjaya menjaringkan tiga gol dalam tempoh hanya setengah jam. Jadi ia mampu untuk memberikan kesukaran kepada kami,” kata Karanka.

Tottenham bagaimanapun tetap memiliki kelemahan tersendiri apabila mereka dilihat sukar meledak gol ketika beraksi di pentas Liga Juara- Juara dan mudah pula untuk dibolosi lawan.

Real menjadi pasukan kedua selepas Inter Milan yang berjaya menjaringkan empat gol ketika berdepan Tottenham, manakala Young Boys turut berjaya meledak tiga gol pada 28 minit pertama ketika bertemu Tottenham pada aksi ke-ayakan.

Satu lagi berita buruk buat Tottenham, Cristiano Ronaldo sudah pulih daripada kecederaan dan menjaringkan gol ketika mereka menewaskan Athletic Bilbao 3-0 awal pagi Ahad lalu, seterusnya mengumpulkan 39 gol peribadinya musim ini.

Karim Benzema juga sudah kembali menjalani latihan setelah terlepas tiga perlawanan akibat kecederaan kaki.

Perancang tengah Real, Kaka pula memberitahu, dia sedang mengembalikan rentak permainannya setelah menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti ketika menentang Bilbao.

“Saya rasa seperti masih berhutang dengan Real. Saya agak kecewa kerana tidak dapat memenuhi jangkaan awal para penyokong akibat dilanda masalah kecederaan,” jelas Kaka. – Agensi..dari terbitan kosmo

Tuesday, April 12, 2011

peluang cerah malaysia

pix_gal0


BAM kemuka kontrak baru buat 'yang teristimewa'

‘BULU tangkis kini kembali ke tangan Datuk Misbun Sidek’ selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) semalam mengesahkan sudah mengemukakan kontrak baru kepada jurulatih ‘yang teristimewa’ itu untuk ditandatangani.

Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata pihaknya sudah bertemu Misbun minggu lalu bagi membincangkan kandungan kontrak baru dan menyerahkan kepadanya untuk menghalusi sebelum membuat keputusan dan menandatanganinya.

“Kita sekarang menunggu maklum balas daripadanya (Misbun) dan akan mengemukakan keputusan jurulatih itu dalam mesyuarat Exco 28 April ini untuk pengesahan. Itu saja yang saya boleh katakan buat masa ini,” katanya.
Persoalan menarik ketika ini apakah tugas Misbun, sama ada kembali melatih anak didiknya, Lee Chong Wei atau diberi peranan lain?

Namun, berdasarkan situasi semasa, Misbun dijangka tidak akan kembali melatih Chong Wei selepas pemain nombor satu dunia itu menyuarakan isi hatinya bahawa dia kian selesa berlatih di bawah Tey Seu Bock dan Rashid Sidek selepas ketiadaan mentornya itu.

Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh menegaskan pihaknya akan mengambil kira dan memberi keutamaan kepada kemahuan Chong Wei.

Tuesday, April 5, 2011

real madrid vs spurs

agak-agak awal pagi ini siapa yang lebih hebat..kedua-kedua pasukan telah menunjukkan peningkatan yang amat bagus dalam liga juara-juara walaupun mengalami kekalahan dan seri dalam liga masing-masing.Ini diburukkan dengan ketiadaan penyerang seperti karim bezema, higuan dan ranaldo di pasukan real madrid..jurulatih real madrid jose mourinho terpaksa memikirkan strategi bagaimana ingin menjaringkan gol..spurs dikatakan memiliki semua pemain yang mampu megisi kekosongan yang ditinggalkan oleh bale kerana kecederaan..harap pagi ini satu perlawanan menghiburkan dapat di saksikan..

Panama dance