Posts

Showing posts from July, 2011

Bola sepak negara kembali hangat

PERLAWANAN pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 antara Malaysia dengan Singapura menyaksikan satu situasi yang sudah lama tidak dirasai dalam sebarang perlawanan melibatkan skuad bola sepak kebangsaan.Stadium Nasional, Bukit Jalil dibanjiri lautan hitam, kuning dan biru apabila puluhan ribu peminat daripada segenap lapisan masyarakat mengisi setiap sudut stadium.Tatkala lagu Negaraku berkumandang di Stadium Nasional, Bukit Jalil, puluhan ribu penyokong bola sepak tempatan menyanyi dengan penuh semangat.Kekalahan Malaysia kepada Singapura tidak sedikit pun menggugat kesetiaan penyokong pasu- kan negara.Peminat wanita, Mazatul Rosidah Ahmad Tajuddin, 35, berkata, walaupun sedih, dia amat berbangga dengan persembahan skuad Harimau Malaya pada perlawanan tersebut."Saya akan terus setia menyokong pasukan kebangsaan. Walaupun kalah tetapi aksi mereka masih boleh dipuji," katanya.Sebelum perlawanan bermula, perkarangan Stadium Nasional meriah dengan pelbagai ragam pen…

Harimau cedera di Kota Singa

Image
SINGAPURA – Lapan gol terhasil pada pertembungan dramatik dua musuh tradisi, Malaysia dan Singapura di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi. Namun kesudahannya, Malaysia tewas 3-5 pada aksi pertama pusi- ngan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 itu biarpun berjaya bangkit seketika setelah ketinggalan 1-4 pada babak pertama. Pada aksi malam tadi, anak- anak buah Datuk K. Rajagobal ter- nyata gagal beraksi pada tahap sebenar meskipun diiringi sokongan 1,500 penyokong Malaysia yang menyeberangi Tambak Johor.
Biarpun mendahului seawal 25 saat permainan bermula menerusi penyudah kemas Safee Sali, Singa- pura pantas menyamakan kedudukan menerusi Aleksandar Duric pada minit ketujuh. Singapura terus menghukum kelonggaran benteng pertahanan Malaysia dengan menambah tiga lagi gol hasil sepakan percuma Qiu Li (21), Mustafic Fahrudin (43) dan Shi Jiayi pada minit ke-45. Ketinggalan 1-4, Malaysia memulakan babak kedua dengan langkah kiri apabila kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit k…

FUZIAH SALLEH ATAU AZAN ISMAIL BAKAL KELUAR PKR

Image
Pemerhati politik Negeri Pahang melihat PKR Pahang seperti retak menanti belah. Ahli-ahlinya sudah muak dengan permainan Azmin Ali yang mencatur tampuk kuasa politik PKR. Kumpulan Datuk Zaid Ibrahim menantikan perubahan dalam PKR namun tidak juga selesai menyebabkan mereka berkemungkinan bakal keluar PKR beramai-ramai.

Adalah tidak mustahil pemimpin PKR yang dimaksudkan mahu keluar parti adalah Fuziah Salleh kerana hilang kepercayaan dan kecewa dengan sikap pendendam Azmin Ali. (Sila rujuk : pahang dailly)

Keputusan Azmin Ali yang mengambil alih jawatan Pengarah Pilihanraya parti daripada Fuziah Salleh dilihat merupakan factor utama PKR bakal dipukul tsunami. Adalah lebih baik Fuziah Salleh keluar PKR kerana beliau telah ‘ditendang’ dari memegang jawatan penting dalam PKR.


Tidak mustahil juga pemimpin PKR yang bakal keluar PKR ialah Azan Ismail yang pernah meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR. Tindakan Azan Ismail ini mungkin disambut gembira oleh musuhnya da…

Tewas tapi melawan

SKUAD bola sepak kebangsaan tewas 3-6 kepada Liverpool pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil petang semalam. Begitupun, aksi melawan anak- anak buah Datuk K. Rajagobal itu wajar dipuji apabila mereka tampil lebih agresif berbanding ketika tewas 0-4 kepada Arsenal pada Rabu lalu. Keenam-enam gol Liverpool dijaringkan oleh Charlie Adam, David Ngog (2), Maxi Rodriguez (2) dan Dirk Kuyt.Manakala skuad kebangsaan membalas tiga gol menerusi kapten, Safiq Rahim dan dua jaringan penyerang sensasi, Safee Sali.Rajagobal melakukan empat pe- rubahan pada kesebelasan utamanya dengan menyenaraikan Shar- binee Allawee Ramli, Muslim Ahmad, Baddrol Bakhtiar dan Abdul Hadi Yahaya. Liverpool pula yang dikemudikan oleh penolong pengurusnya, Steve Clarke selepas Kenny Dalg- lish terpaksa pulang awal ke England, membuat enam perubahan berbanding kesebelasan ketika menewaskan Guangdong Sunray Cave 4-3. Kedudukan babak pertama terikat 1-1 setelah sepakan penalti Adam pada minit ke-25 berjay…
Image
Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Berikut adalah jawatan kosong di Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau PinangJurutera Gred J41
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S27Juruteknik Elektrik Gred J17
Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 11 Julai 2011.Klik di sini untuk muat turun tawaran iklan dan borang permohonan.


Jawatan Kosong di Pusat Pungutan Zakat MAIWP




Penolong Pegawai Kaunter PPZ ( 6 kekosongan )
Kelulusan sekurang-kurangnya STPM dan Sijil Tinggi Agama (STAM)Berkemahiran menggunakan applikasi komputer dengan baikBoleh berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baikLelaki sahajaCalon-calon yang berminat sila tulis permohonan yang lengkap dengan menyatakan gaji yang dipohon, gambar berukuran pasport dan salinan sijil kepada :-Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia
Pusat Pungutan Zakat MAIWP
Wisma PPZ, Dataran Shamelin
No 68 Jalan 4/91
Taman Shamelin Perkasa
56100 Kuala Lumpur
No Tel : 03-92895757

Tarikh tutup permohonan : 20 Julai 201…

Himpunan BERSIH: Pakatan gesa Najib patuhi janji

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya "mematuhi janji" dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini.Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka."Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan.

"Saya difahamkan BERSIH masih lagi merujuk kepada Najib supaya (beliau) mematuhi janji (dan) jaminan beliau untuk menyediakan stadium supaya BERSIH dapat menganjurkan majlis dengan teratur dan aman sepertimana semangat (ketika mengadap) dengan Yang di-Pertuan Agong.

"(Sebab itu) Kita menyokong tindakan keputusan BERSIH untuk meneruskan perhimpunan itu di Stadium Merdeka," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.Beliau berkata de…

Bekas Penolong Gabenor BNM didakwa

KUALA LUMPUR – Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM100,000 untuk membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited tujuh tahun lalu. Tertuduh, Datuk Mohamad Daud Dol Moin, 58, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Rosbiahanin Arifin. Bagi kedua-dua tuduhan tersebut, tertuduh didakwa menerima rasuah wang tunai masing-masing RM50,000 daripada ahli perniagaan, Abdul Kayum Syed Ahmad, 62, melalui orang tengah dalam membantu mendapatkan kontrak berkaitan permohonan projek Percetakan Wang Polimer RM5 oleh Note Printing Australia Limited. Dia didakwa melakukan perbuatan itu di dalam Restoran Dome beralamat G7 Ground Floor, Bangsar Shopping Centre di sini pada 1 Disember 2004 dan 16 Februari 2005.