Posts

Showing posts from September, 2011

Tahukah Anda Apa itu Hudud?

Allah subhanahu wa ta’ala al-Hakiem (yang maha bijaksana) senantiasa menjaga hak-hak manusia dan menjaga kehidupan mereka dari kezholiman dan kerusakan. Syariat islam pun ditetapkan untuk menjaga dan memelihara agama, jiwa, keturunan, akal dan harta yang merupakan adh-Dharuriyatal-Khamsu(lima perkara mendesak pada kehidupan manusia). Sehingga setiap orang yang melanggar salah satu masalah ini harus mendapatkan hukuman yang ditetapkan Syari’at yang disesuaikan dengan pelanggaran tersebut. Salah satunya adalah penegakan hudud yang menjadi satu keistimewaan ajaran islam dan merupakan bentuk kesempurnaan rahmat dan kemurahan Allah subhanahu wa ta’alakepada makhluknya.
Syaikhul Islam ibnu Taimiyah rahimahullah menyatakan: “Hudud berasal dari rahmat untuk makhluk dan kebaikan mereka. Oleh karena itu, sudah sepatutnya orang yang menghukum manusia Karena dosa-dosa mereka bertujuan dalam melakukannya untuk kebaikan dan rahmat kepada mereka, sebagaimana tujuan orang tua membina anak-anaknya dan…

FAM sedia bantu

Image
SAFEE SALI

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) berjanji akan berusaha membantu pemain negara, Mohd. Safee Sali menyelesaikan masalah permit kerja dan visa sekiranya penyerang sensasi kebangsaan itu mendapat tawaran beraksi bersama kelab England, Cardiff City. Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengakui, memang agak sukar untuk Safee mendapatkan permit kerja dan visa berikutan peraturan yang telah lama dilaksanakan. Begitupun ujarnya, masih ada peluang untuk menyelesaikan masalah terbabit melalui budi bicara antara FAM, Cardiff City dan juga Persatuan Bola Sepak England. “Memang susah sebab kalau kita minta longgarkan syarat, takut ramai pula orang lain yang merungut tetapi kita boleh guna budi bicara. “FAM sentiasa sokong hasrat Safee dan saya harap, Cardiff City melalui pemiliknya, Datuk Chan Tien Ghee dapat menyediakan satu mekanisme terbaik buatnya. “Saya difahamkan pengurus pasukan, Malky Mackay nampak berminat dengan bakat yang ada pada Safee,” katanya sele…

Pemain malaysia ke luar negara

bagus sekarang pemain malaysia sudah berani untuk berhijrah ke luar negara untuk bermain bola sepak..sepatutnya ramai lagi pemain malaysia mengikuti safee sali ..biarpun bermain di indonesia atau thailand..ikuti lah pemain korea atau jepun yang bermain di negara jiran dan kemudiannya di intai oleh kelab-kelab eropah contohnya italy dan jerman..kita sepatutnya mempunyai yakin diri untuk berhijrah..pemain muda sudah bermain di kelab vion..bagus bagi meningkat kan pemainan malaysia walaupun kita tidak layak ke piala dunia tetapi saya bangga kerana stadium bukit jalil sudah penuh dengan penyokong malaysia..sy berharap safee sali akan berjaya menempatkan diri dalam kelab di eropah..

zaman makin bahaya

Pada hari ini telah berlaku satu pembunuhan di kawasan kuantan..mangsa bukan sahaja meninggal dunia tetapi kereta mangsa telah dibakar dan ditinggalkan di kawasan pendalaman..mangsa dibunuh kerana telah mengeluarkan wang yang banyak di bank..

Dua beradik dicari kes tembak lembu

KUANTAN – Dua beradik dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes menembak mati dua ekor lembu yang dipercayai cuba dicuri di Kampung Tanjung Putus dekat Bukit Rangin di sini kelmarin.Dua beradik berkenaan ialah Suhaimi Mat Yaacob, 47, yang beralamat di Kampung Cherang Hangus Bekelam, Bachok, Kelantan manakala adiknya, Mustaki Mat Yaacob, 44, dari Kampung Bugis dekat Beserah, Kuantan.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuantan, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, kedua-dua beradik itu dicari selepas polis menerima satu aduan daripada penternak lembu berusia 25 tahun yang memaklumkan dua ekor haiwan ternakannya ditembak mati sebelum disyaki cuba dicuri.“Kejadian itu berlaku pada pukul 1.30 pagi semalam (kelmarin) dan kebetulan pengadu berada di tempat peliharaan lembunya bagi menghalau kira-kira 25 haiwan yang dilepaskan supaya masuk semula ke kandang.“Tiba-tiba pengadu mendakwa dia ternampak seekor lembunya telah rebah sebelum dikejutkan pula dengan bunyi satu das te…