Posts

Showing posts from December, 2011

Kim Swee resah

SIKAP ‘membisu’ Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) berhubung jadual perlawanan dan juga gelanggang rasmi skuad Harimau Muda menjelang saingan Liga Singapura (Liga-S) musim depan menimbulkan tanda tanya jurulatih, Ong Kim Swee.

Menurut Kim Swee, setakat ini beliau masih belum menerima sebarang maklumat rasmi daripada FAS berhubung perkara itu walaupun difahamkan, saingan Liga-S bakal bermula pada 9 Februari depan.

Meskipun mengakui persiapan anak-anak buahnya tidak terjejas dengan situasi berkenaan, Kim Swee benar-benar berharap supaya FAS dapat menyalurkan maklumat itu kepadanya ataupun menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan kadar segera.

“FAS masih tidak beritahu saya mengenai perkara itu, dengan FAM pun belum lagi.

“Saya harap semua urusan ini boleh diketahui dalam tempoh terdekat bagi memudahkan kami menyusun jadual memandangkan pemain Harimau Muda A akan beraksi pada Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 22 tahun pada Jun tahun depan, selain menem…