Posts

Showing posts from January, 2012

SARA UNTUK RAKYAT MALAYSIA..?

Sara akan diperkenalkan pada 31 januari ni untuk semua rakyat malaysia yang berpendapatan bawah daripada 3ribu..ia merupakan satu pelaburan untuk rakyat demi masa depan..rakyat malaysia boleh membuat penjaman di BSN Atau CIMB...mereka boleh mendapat pulangan sebanyak rm50 sebulan..syarat wajib adalah mereka dah berumah tangga...tapi klu bujang macam mana pulak..mereka pun rakyat malaysia..heheheh

Skim khas beli rumah sekitar KL 1 Mac

Image
ANGGOTA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berarak masuk sambil membawa bendera Wilayah Persekutuan.

KUALA LUMPUR - Skim Pembiayaan Khas bagi perumahan awam akan mula beroperasi 1 Mac ini bagi membantu mereka yang berminat memiliki rumah di kawasan ibu negara. Skim itu dilaksanakan di bawah Program Perumahan Rakyat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (PPR-MTEN) dan juga Perumahan Awam DBKL. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jemaah Menteri pada 18 Januari lepas bersetuju dengan skim itu yang dicadangkan Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar. Beliau berkata, ia akan dikendalikan Syarikat Perumahan Wilayah Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Yayasan Wilayah Persekutuan dengan dana pembiayaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). "Melalui skim khas ini, masalah memperoleh pinjaman diyakini dapat diatasi dan membantu keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah. "Saya yakin melalui skim ini, bakal pembeli…

Kelantan kalah

Nampakanya Pasukan Kelantan telah mengalami kekalahan yang pertama dalam pembukaan liga malaysia..Kelantan dikatakan pasukan hebat pada musim ini dengan kebanyakan pemain bintang beraksi dalam pasukan tersebut. Tetapi mereka kalah dengan Negeri Sembilan yang kebanyakkan pemain muda beraksi dalam pasukan tersebut. Walaupun gol Negeri Sembilan dijaringkan oleh pemain import tetapi kelantan juga memiliki pemain import. Ini tidak boleh dikirakan sebagai nasib tetapi Negeri Sembilan membuktikan mereka hebat. Ini lah kita hendak tengok dalam Pasukan Kebangsaan Negara Malaysia...

Aktiviti Harian Adun Inderapura

Image
Ini lah aktiviti harian klu hari Sabtu atau Ahad , pergi majlis orang kawin , solat hajat dan sebagainya. Kadang  kala apabila pergi ke majlis mana ini..beliau boleh mendengar masalah orang kampung dengan lebih
jelas. Orang kampung biasanya malu hendak memberitahu masalah kepada beliau..Dengan turun kawasan selalu akan merapatkan hubungan beliau dengan orang kampung.

Azmin mahu Pas hukum Hasan Ali

Image
PETALING JAYA - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendesak Pas mengambil tindakan sewajarnya terhadap Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali ekoran kenyataanya meminta orang ramai tidak hadir menyertai perhimpunan 901.
Azmin berkata, kenyataan Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat (PR) dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.

"Sebagai Exco kerajaan negeri, beliau tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan seperti itu. Itu kenyataan tidak bertanggungjawab.

"Ketika beliau menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik (Abdul) Aziz (Nik Mat) sedang meraikan Anwar. Kalau Nik Aziz pun beri sokongan dan akan hadir (Himpunan 901), maka siapa Datuk Hasan? Jangan terlalu celupar," katanya pada sidang media hari ini.

Hasan semalam mengeluarkan kenyataan bahawa perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 Isnin ini tidak perlu disertai dan tidak wajar diadakan kerana tujuannya hanya membabitkan isu peribadi seorang pemimpin, bukannya soal masyarakat.

“Saya menas…

Jawatan Kosong di Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang

Image
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia dan keutamaan kepada Rakyat Negeri  Pahang untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :- - Pegawai Penyelaras Pentadbiran Masjid dan Surau Daerah KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN Tarikh Tutup Permohonan : 13 Januari 2012

Jawatan Kosong di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

Image
Peluang kerjaya bagi warganegeri Melaka yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18  tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk memohon jawatan di Perbadanan Muzium Melaka : 1. Kurator (S1-1) 2. Pembantu Tadbir (N4-1) 3. Pembantu Operasi (N5-1) KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN KLIK DI SINI UNTUK BORANG PERMOHONAN Tarikh Tutup Permohonan : 16 Januari 2012

bukti cegah rasuah kerajaan malaysia

Image
Pegawai perhutanan Perak ditahan SPRM


PEGAWAI SPRM mengira wang berjumlah RM720,000, dalam serbuan di kediaman kakitangan kerajaan di Gerik, semalam. Wang RM720,000, buku saham dirampas

IPOH: Seorang pegawai kanan Jabatan Perhutanan Perak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati menyembunyikan wang tunai RM720,000 dan beberapa buku amanah saham membabitkan pelaburan bernilai lebih RM4 juta di rumahnya di kuarters kerajaan berhampiran Kem Tentera di Gerik, awal pagi semalam. Sebahagian wang tunai itu ditemui disusun rapi dalam lipatan telekung dan sebahagian lagi bersama beberapa buku pelaburan ditemui disembunyikan berasingan di beberapa lokasi, termasuk di dapur serta ruang tamu rumah pegawai kanan berusia lingkungan 50-an. Serbuan dan tangkapan itu dibuat jam 2 pagi susulan penahanan seorang lagi pegawai kanan jabatan sama bersama seorang 'tauke balak' berkait kes mencuri balak bernilai lebih setengah juta ringgit di Hutan Kuak Luar, berdekatan Peng…

Nak macam Mana lagi...

Image
Ini merupakan Salah Satu Program Adun Kawasan Inderapura Bahagian Kuantan...Beliau telah berkayuh sejauh 40km sambil melihat kehidupan masyarakat dalam Dun tersebut...Memahami masalah Masyarakat tersebut. Sanggup duduk bersama dengan masyarakat tidak kira pangkat dan darjat..Program Tersebut telah mengambil masa selama 5 jam dari pukul 9pagi sampai pukul 2 petang...

‘Safee tentukan’

Image
Safee Sali “KEPUTUSAN di tangan Safee Sali sendiri. Harap dia menghubungi kami jika sudah memutuskan sesuatu keputusan mengenai masa depannya di Pelita Jaya.” 

Demikian nasihat Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berhubung kemelut melanda Liga Super Indonesia (ISL) dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) yang tempiasnya turut membabitkan Safee. Menurut Hamidin, FAM sentiasa memantau perkembangan terkini isu berkenaan selain mengadakan pertemuan dengan seorang pegawai tertinggi PSSI baru-baru ini. “Saya dan Setiausaha Agung FAM (Datuk Azzuddin Ahmad) mengadakan perbincangan dengan pegawai PSSI itu untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai isu ini. 

“Kami sebenarnya tidak mahu mencampuri urusan badan induk bola sepak mereka tetapi berharap PSSI dapat menyelesaikan isu ini dengan segera. 

“Kami turut memberi ingatan dan nasihat kepada Safee supaya mengambil kira semua hal apa yang berlaku sebelum membuat keputusan kerana kontraknya bakal …

PKR bincang dengan polis esok

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali akan mengetuai satu delegasi dalam perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur esok berkenaan perhimpunan yang dijadualkan pada 9 Januari. 

PKR dalam satu kenyataan berkata perjumpaan itu dijadualkan diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini jam 10 pagi.
Katanya, kesediaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar yang telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh untuk mengadakan pertemuan dengan pihaknya adalah dialu-alukan. Ismail dilaporkan berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kuala Lumpur untuk mengadakan pertemuan dengan penganjur demonstrasi itu, manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dipetik sebagai berkata sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah. 

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada Isnin depan dalam kes pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pemba…

Ubat curi HKL dijual kepada pasaran gelap

Image
TIONG LAI diiringi oleh Ketua Pusat Perubatan Chempaka, Ch'ng Liang Hock semasa melawat pusat perubatan itu di Taman Sea, Petaling Jaya semalam.
PETALING JAYA - Ubat-ubatan bernilai RM1 juta yang disedari hilang ketika kakitangan Hospital Kuala Lumpur (HKL) membuat pemeriksaan stok di HKL pada 28 Disember lalu dipercayai dicuri untuk dijual di pasaran gelap di negara ini. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tong Lai berkata, pihaknya percaya ubat berkenaan yang dijumpai semula di sebuah premis di Jalan Duta, Kuala Lumpur tiga hari lalu adalah untuk dijual secara tidak sah bagi mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda berbanding nilai sebenar ubat itu. Katanya, kes berkenaan adalah serius kerana apabila ubat itu berada di pasaran gelap dan dijual secara tidak sah, ia akan menyebabkan ubat tersebut bercampur dengan ubat-ubatan tiruan dan berkualiti rendah. Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya untuk membeli ubat-ubatan di pasaran gelap yang mungkin datan…

Pahang juara Piala Emas Raja-Raja

Image
PEMAIN Pahang meraikan kejayaan mereka menjuarai Piala Emas Raja-Raja setelah menumpaskan Melaka 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Temerloh, malam kelmarin.
PAHANG muncul juara Piala Emas Raja-Raja edisi 2011 setelah menewaskan Melaka 3-1 pada perlawanan akhir di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh malam kelmarin. Sokongan padu lebih 5,000 penyokong tuan rumah yang membanjiri stadium tersebut ternyata telah membakar semangat juang skuad Tok Gajah itu yang dilihat garang sejak daripada awal permainan. Kemenangan tersebut mengulangi kejayaan mereka menjulang piala berkenaan pada 1980 selepas menewaskan Perak 4-2. Pada aksi penuh mendebarkan itu, Pahang hampir mendahului pasukan pelawat pada minit keenam menerusi sepakan kencang Mohd. Shaiful Amri dari luar kotak penalti. Bagaimanapun, tindakan pantas penjaga gol Melaka berjaya menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi. Serangan balas yang diatur anak didik Mahmud Hassan itu membuahkan hasil untuk Melaka membuka tirai jaringan pa…