Posts

Showing posts from December, 2012

Membantu Cuci Rumah Mangsa Banjir

Image
Ini kali Pertama Melihat Banjir yg besar melanda Bandar kuantan..banjir ini telah mengakibatkan bandar kuantan lumpuh selama 1hari..air yang memasuk rumah kediaman separas 2 hingga 5 kaki..para mangsa tidak dapat menyelamatkan apa2 harta benda kerana air naik dengan tiba-tiba..mengikut laporan ketua pengarah jps pahang..hujan yg turun melebihi 250 ml bersamaan hujan utk 2bulan..exco pelancongan ngri pahang turut sama mencuci rumah mangsa banjir di taman seri kuantan..[lihat gambar di bwh]

Exco Pelancongan turut sama membersihkan rumah mangsa banjir

Melihat Keadaan Mangsa Banjir Di Kg Pahang

Image
Pada 25/12/12 [selasa]..adun inderapura telah melawat mangsa banjir di pusat pemindahan kg pahang..seramai 15 keluarga telah dipindahkan ke pusat tersebut..walaupun hujan sudah berhenti..tetapi air sungai kuantan pada ari ini dijangka naik akibat air pasang besar..langkah berjaga dengan tidak memberi mangsa pulang ke rumah sementara waktu..

Majlis Perkahwinan Di Kg Tiram

Image
Sungguh Penat hari ini sebab tlng majlis perkahwinan sepupu di rumah atuk saya..majlis dikatakan meriah tetapi sedikit terganggu sebab hujan..yang menguruskan majlis kak saya sbb dia ada butik pengantin

Legoland di Johor

Image
Pada Petang semalam sy dah melawat pusat lego yang terbesar di asia iaitu legoland di johor bharu..legoland merupakan pusat pelancongan di johor bharu..legoland merupakan lebih kepada taman permainan kanak-kanak yg berumur 3 tahun hingga 17 tahun(pada pandangan sy)..terdapat pelbagai kemudahan dari makanan dan pengangkutan.ia telah menarik pelancong tempatan bahkan pelancong dari luar negara seperti singapura , indonesia ,thailand dan australia apabila saya datang ke sana.dis.sungguh bertuah rakyat johor disebabkan ada pusat ini..(lihat gambar sy)

Makan Malam

Image

Program Hargai Kehidupan Maritim..

Image
Pada 18/12/12 [Selasa] jam 9.00 pagi satu program gabungan antara jabatan pelancongan dan perhutanan negeri pahang telah diadakan di kg cherok paloh kuantan...program ini bertujuan ini mengekalkan ekosistem bumi..antaranya penanaman pokok dan pelepasan hidupan maritim.(penanaman pokok hakisan akan menjadi lambat dan generasi orang muda akan dapat melihat hidupan maritim yg hampir pupus)..acara ini dirasmikan oleh exco pelancongan negeri pahang..yg mana dihadiri oleh pengurus besar pkbf dan pengarah perhutanan negeri pahang..

Pusat Pelancongan Negeri Pahang..

Image
Siapa pernah ke sg lembing kuantan..klu siapa yg tidak pernah ke sana mari saya terangkan sesuatu yg menarik disana..sg lembing merupakan pekan yg terdapat di dalam bandar kuantan..jarak dari bandar kuantan ke sg lembing mengambil masa 30 minit..sg lembing merupakan bandar pelombongan bijih timah bawah tanah yang pertama di asia tenggara pada tahun 1880..merupakan bandar termoden pada masa itu yang dilengkapi hospital,sekolah dan pasarraya(barang berjenama yg diimport dari england pada masa itu)..selain itu sg lembing membekal elektrik kepada bndr kuantan..tetapi zaman kegemilangan sg lembing jatuh apabila berlaku banjir besar di sana dan menyebabkan penduduk berpindah ke kuantan..saya telah meletakkan salah satu pusat pelancongan yg akan di buka pada tahun hadapan jikalau sesiapa yg ingin ke sana(lihat gmbr di bawah)

Badminton

Image
Fuhh...saya tak percaya rupanya klu lama tak bersukan kita akan sepenat ini..saya dah lama tidak aktif dalam bersukan selepas keluar dari universiti..apabila bersukan ini jadinya

Hill to hill titiwangsa challenge 2012

Image
Program hili to hill tiriwangsa challenge 2012 merupakan satu program pelancongan negeri pahang yg mana program ini melibatkan acara berbasikal sejauh dlm 300 km..acara ini bermula pada 15/12/12 dan berakhir pada 16/12/12(bermula di cameron dan akhir di bukit fraser)..peserta yg berdaftar sekarang sebanyak 300 orang yg melibat peserta luar ngr dan tempatan.ia akan dirasmikan oleh exco pelancongan ngri pahang Dato Shafik Fauzan bin Sharif..saya juga meletakkan gmbr sy di cameron

Program Majlis Berkhatam Al quran Di Kg Belukar

Image
Pada 8/12/12 satu program majlis berkhatam al quran telah diadakan di balairaya kg belukar..Majlis bermula pada pukul 9.00 mlm..yang mana dihadiri oleh adun inderapura..beliau sendiri mengetuai bacaan ayat al-quran dalam majlis tersebut..seramai 20 org berusia 9 hingga 12 tahun yg khatam al-quran..mereka ini diajar oleh ustaz selepas balik dari sekolah..selain itu budak-.budak yg khatam ini berasa sungguh bertuah kerana ada pemimpin yg sama2 mengraikan kejayaan mereka ini....hehe