Posts

Showing posts from June, 2013

Sudah Belajar si Dia

Image
Tahniah lah kepada si dia kerana sudah menyambung pelajaran..semoga dengan berhijrah perangai dan tingkah laku seseorang akan mematangkan lagi diri kita ini..biar kita belajar dari bawah kerana boleh mendapat ilmu dan pengajaran yang lebih berguna untuk masa hadapan..si dia ini adalah adik su saya.hehehe ini macam kenal je siapa yg kasi baju ini..heheh
sudah dapat kawan baru ye..
sidia menunjukkan cukup bulan wajib bagi..heheheh

Jerebu Melanda Bandar Kuantan

Image
Pada pagi jerebu telah melanda bandar kuantan..bukan saja pemandangan tidak nampak tetapi bau asap juga ada..jerebu akan mendatangkan masalah kepada kesihatan manusia..segala urusan manusia akan terjejas..
(inilah salah satu kemusnahan yang dilakukan oleh manusia) (ini pemandangan salah satu pusat membeli belah di kuantan )

Kerja Amal Tentera USA dan Malaysia

Image
Ini lah kerja amal yang dilakukan oleh tentera USA dan Malaysia dalam menyediakan kemudahan kepada penduduk malaysia terutamanya masyarakat kampung(kempadang kuantan)..selain dapat mengeratkan hubungan kedua-dua negara , Tentera USA membawa masuk kemudahan teknologi yang amat maju dan berguna kepada tentera malaysia..inilah bangunan ini Yb Inderapura melihat keadaan bangunan ini.. askar USA terdiri daripada jurutera(bangunan ini tidak perlu air cond kerana ia sudah sejuk dan lihat bagaimana YB Inderapura menanyakan sesuatu kepada pegawai askar tersebut. Penduduk kempadang juga tidak melepaskan peluang dalam program ini..menyaksikan kecanggihan bangunan tersebut ( tengok siapa lebih tinggi , sy atau askar USA tersebut) jugak tidak lepas peluang staff penerangan juga ingin bergambar  selepas habis program bersama tentera , YB Inderapura sempat lagi menanyakan keadaan kawasan Tg Lumpur

Menziarahi Penduduk Kawasan Meninggal Dunia

Image
Pada 21/6/2013(Sabtu) jam pukul 8.30 pg Adun Inderapura telah menziarahi orang meninggal dunia di Kg Ubai..Nama Arwah tersebut Sadiah (jual kuih) dan beliau adalah sangat rajin dalam mencari rezeki utk menampung kehidupan anak-anak beliau.. (ini dia pakaian tradisi orang kg ubai dan semangat bila menziarahi orang meninggal-tok4 halim) selepas membaca surat yassin kepada arwah ,yb inderapura salam semua orang hadir

Di Pejabat Exco Pertanian Negeri Pahang

Image
Beginilah keadaan setiap pagi apabila Dato' Hj Shafik Fauzan bin Haji Sharif berada di Pejabat EXCO Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Pahang didatangani masyarakat setempat bermula jam 7.40 pagi. Walau bagaimanapun beliau mengutamakan Penduduk di Kawasan DUN Inderapura. 



Exco Pertanian dan industri asas tani melawat kawasan perikanan

Image
Pada 18/06/2013(selasa) , Exco pertanian telah mengadakan lawatan ke lembaga perikanan di kuantan..beliau telah mengadakan lawatan pada pukul 7.30 pagi. beliau ingin melihat sendiri bagaimana operasi lembaga perikanan itu berjalan..selain itu beliau dapat beramah mesra dengan nelayan-nelayan kuantan(kehidpuan seharian mereka). beliau juga ingin mengetahui masalah yang dihadapi oleh tauke-tauke ikan dan nelayan dari segi pencerobohan nelayan luar , pukat tunda dan pencemaran alam .. (ikan yang baru diturunkan dari boat)


(melihat ikan yang akan dipasarkan kepada pasar ikan di seluruh pahang) melihat ikan yu(jantan dan betina)

Politik bolasepak tanahair kita (Fam bila hendak Maju)

Image
Siapa yg xbangga klu pasukan malaysia mcm pasukan jepun atau korea didalam permainan bola sepak..sy pun bangga klu memakai jersi malaysia atau ngri sy pAhang..sy rasa apa yg diutarakan oleh tan sri anuar itu benar..dapur persatuan ngri adalah dapur Fam..jadi pikir lah yg mana lbh baik Fam..Bola sepak merupakan sukan no 1 di dunia..selain itu ia akan mewujudkan banyak pekerjaan jika bolasepak kita maju..ramai penyokong juga akan hadir..jangan anggap kita dah ada kuasa , kita tidak boleh menerima pandangan orang ramai..sedangkan nabi pun blh menerima pandangan orang lain..

Kesian hairie othman

Image
Siapa kah hairie othman??dia merupakan pelakon tanahair pada masa dahulu..semenjak jadi ahli pas beliau sudah tidak berlakon..sy menulis bukan nak aibkan dia tetapi ingin memberitahu kpd rakyat malaysia bahawa menabung itu adalah penting..ia akan menolong waktu kita susah..percayalah

Exco Pertanian Ngri Pahang melawat kawasan pasar tani..

Image
Pada 13/06/2013(khamis) Exco pertanian negeri pahang bersama adun jengka telah melakukan lawatan kerja di pasar tani bandar jengka..ia juga dihadiri Pengarah fama negeri pahang bersama pegawai-pegawainya..lawatan ini diadakan bertujuan untuk memahami kehidupan masyarakat peniaga fama di Pasar tani bandar jengka(masalah atau kegembiraan mereka)..selain itu ia akan merapatkan hubungan sesama manusia. Peniaga yang menjual barangan mereka semua segar samaada sayuran, barangan basah dan kering.. Exco pelancongan sedang menanya kepada peniaga sayur-sayuran samaada mereka menanam sendiri atau beli melihat sendiri barangan peniaga barangan basah..

Pelajar STPM

Image
Siapa pernah belajar stpm..apa  maksud dan pengajaran stpm..adakah ia sama dgn pmr atau spm..?knp pelajar cina lbh suka stpm berbanding diploma diuniversiti??.siapa blh jawab
sesi dialog antara pelajar stpm bersama wakil rakyat dun inderapura (kelemahan pelajar lelaki dicari sebab dan kenapa ia terjadi) pelajar lelaki memberanikan diri..keyakinan diri itu perlu ada seperti sy kot..hehehe

Kg cherok paloh

Image
Siapa ingin jadi Yang Berhormat??..Jika ingin menjadi YB , Beliau memerlukan ketahanan mental dan fizikal yang amat tinggi..ini kerana selain dengan jadual yang padat , beliau juga perlu melayan karenah seseorang manusia di kawasan beliau dengan apa cara sekali pun..jikalau tidak dapat menyelesaikan sesuatu perkara , YB akan menjadi mangsa maki hamun dan sebagainya..disini sy ingin menceritakan bagaimana cara YB inderapura mengatasi masalah penduduk kawasannya..lihat lah gambar ini bagaimana beliau mengatasi kemarahan penduduk kawsannya..(Rumah Penduduk Tempatan yang mengalami Hakisan Pantai-telah menyebabkan satu buah rumah runtuh)

Yb Inderapura sedang menelefon DO pejabat tanah kuantan  walaupun adik-beradik sedang marah kerana menyatakan YB inderapura tidak buat kerja tetapi beliau  telah menyuruh abang adik beradik tersebut datang berjumpa dengan beliau di pejabat walaupun aduan rakyat tv3 datang tetapi YB inderapura telah menyatakan beliau sudah buat kerja dari dulu lagi..Inilah …

Ikan jerung seberat 600 kg

Image
Salam dan selamat ptg kepada para pembaca..cuba lihat gambar yg sy post kan..blh bayangkan bagaimana ikan ini baham mangsanya..ini lah kebesaran allah swt kepada manusia..

Sehati Sejiwa - Pahangku

Image
siapa yang melihat perlawanan antara pahang dengan johor di stadium bukit jalil..saya tahu sy terlambat menulis perlawanan tersebut tetapi sy ingin menceritakan tentang perlawanan di antara kedua-dua pasukan ini di SDM dan SBJ..apakah bezanya??bezanya ialah penyokong tidak akan merusuh jikalau Kedua-dua pasukan ini bermain.Penyokong Pahang adalah penyokong yang tidak akan merusuh jika mereka melihat pasukan kesayangan mereka bermain..lihatlah di SBJ  tgk ustaz pun memberi sokongan kepada pasukan pahang lihatlah penyokong dengan tenangnya walaupun pasukan kalah  termasuklah sy..heheheh  sehati dan sejiwa serta selamanya sy sokong pasukan pahang..hehhehehe